Akaun komplekswadahpulaupinang.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.


RAYUAN DANA ORANG RAMAI BAGI MEREALISASIKAN
KOMPLEKS WADAH, PULAU PINANG


“JIHAD MEMBENTUK GENERASI ISLAM YANG TAHFIZ DAN QURANI”




YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan,


 

  Rasulullah SAW bersabda;


Tidak ada hari yang disambut oleh para hamba melainkan di sana ada dua malaikat yang turun, salah satunya berkata: ‘Ya Allah, berikanlah ganti kepada orang-orang yang berinfaq.   Sedangkan (malaikat) yang lainnya berkata: ‘Ya Allah berikanlah kehancuran kepada orang-orang yang menahan (hartanya). (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)





Tahukah anda pendidikan berlandaskan ajaran Islam di Malaysia kini semakin mendapat tempat di kalangan masyarakat.

Masyarakat hari ini tidak lagi skeptikal untuk menjadikan sekolah-sekolah agama, atau pusat pendidikan bukan kerajaan terutama beraliran agama Islam sebagai pilihan utama.




Malah, ramai yang melihat kepentingan pendidikan berteraskan al-Quran dan Islam diberi pendedahan kepada anak-anak sejak dari kecil.

Namun, sudah pasti ibu bapa juga mahu anak-anak cemerlang dalam akademik supaya mereka lebih berdaya saing dan mempunyai peluang serupa dengan rakan sebaya yang lain.




Usah gusar lagi, penubuhan pusat pendidikan, madrasah dan sebagainya yang berpendidikan beraliran Islam kini telah mempunyai keseimbangan dalam akademik dan agama. 

Anda boleh pilih mana-mana pusat pendidikan yang berdaftar untuk menghantar anak-anak supaya perjuangan untuk membentuk generasi berakhlak, mempunyai modal insan yang tinggi dan cemerlang dapat diteruskan di kalangan umat Islam.




Ganjaran sedekah bantu pejuang ilmu Islam


Kompleks Wadah Pulau Pinang juga adalah usaha NGO iaitu Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) untuk membuka ruang dan memberi peluang kepada masyarakat yang ingin memilih pendidikan berteraskan ajaran Islam untuk anak-anak, generasi akan datang.





Projek pembangunan Kompleks Wadah, Pulau Pinang ini akan dilengkapi madrasah, surau dan rumah wakaf yang akan dimanfaatkan oleh semua peringkat usia.

Pastinya kompleks ini bakal melahirkan lebih ramai generasi yang tahfiz dan qurani. 


Bagi menjayakan projek pembangunan Kompleks Wadah, Pulau Pinang ini anda dirayu untuk memberi sumbangan sama ada berbentuk infak, sedekah dan wakaf!



Allah SWT juga berfirman: 

 

“Wahai orang yang beriman! berbelanjalah sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik, dan sebahagian daripada apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya, lalu kamu nafkahkan padahal kamu sendiri tidak akan mengambilnya, kecuali memejamkan mata padanya. Dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.”  (Al Baqarah: 267)



Kutipan Semasa Borang

RM {nilai_semasa}

Sasaran Kutipan Borang

RM {nilai_sasaran}

0%